Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 – 7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5 – 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.
Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya.
Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.
Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai.
Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tentang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.
Sediakan senarai tugas harian (“TO DO” lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey “Put first things first”.
Rekodkan progress anda pada sehelai kertas. Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda.
Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.
Gunakan teknik membaca yang berkesan.Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.
Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”. Iaitu proses memanggil semula maklumat.
Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain. Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 – 2 jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.
Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?
Budaya atau kebudayaan secara
amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.
Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud
segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan
"perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh
manusia.
Di
dalam bahasa inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture,
yang berasal daripada perkataan Latin colore yang
bermaksud menanam atau mengerjakan.
Kebudayaan
mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.
Kebudayaan
bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil
ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang
menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelomok masyarakat.
Hari Raya
Aidilfitri merupakan
peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan yang disambut oleh umat Islam
bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun begitu, kita akan lebih
memfokuskan sambutan perayaan ini di Malaysia. Secara ringkasnya, perayaan ini
disambut selepas bulan Ramadhan bagi menandakan kejayaan umat Islam
berpuasa(menahan nafsu) selama sebulan. Mari kita mengkaji dengan lebih dekat
lagi tentang perayaan ini.
Persediaan
& Perlaksanaannya Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri
disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma,
suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah
akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran.
Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen.
Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank,
sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari
sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Perayaan Kaum Cina
Tahun Baru Cina
Perayaan
Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan
penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada
kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan
Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan
Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang
berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.
Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang
diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti
Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai
persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat
menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci
oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Menurut cerita
dongeng, pada zaman purba, terdapat 10 buah matahari di langit. Cahaya matahari
yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering
tersejat dan rakyat jelata menghadapi ancaman maut.
Ada seorang
pahlawan yang juga Raja Negeri Youqiong zaman Dinasti Xia, iaitu pada tahun
2070 hingga 1600 sebelum Masihi, yang bernama Hou Yi yang mempunyai kuasa misteri
dan pandai memanah. Baginda dengan gagah beraninya memanah jatuh 9 daripada 10
buah matahari itu. Rakyat jelata amat gembira dan memuja Hou Yi yang
menyelamatkan mereka dari ancaman maut.
Permaisuri Hou Yi,
bernama Chang E, merupakan seorang jelitawan. Pada suatu hari, Hou Yi
memperoleh ubat panjang umur yang dihadiahkan oleh Wangmuniangniang, Permaisuri
Maha Kuasa di langit. Katanya, orang yang makan ubat panjang umur itu segera
akan menjadi dewa atau dewi dan terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah
dengan permaisurinya, maka baginda tidak memakan ubat itu dan menyerahkan ubat
itu kepada permaisurinya Chang E untuk disimpan. Peristiwa itu ternampak oleh
Peng Meng, seorang pengikut Hou Yi. Ketika Hou Yi keluar, Peng Meng telah pergi
ke istana Hou Yi dan memaksa Chang E memberikan ubat panjang umur itu
kepadanya. Chang E mengetahui bahawa dia tidak berdaya melawan Peng Meng, lalu
dia memakan ubat panjang umur itu. Setelah memakan ubat itu, Chang E terbang
dari bumi ke bulan serta-merta.
Apabila Hou Yi
kembali ke istana, para dayang yang sedang menangis telah memberitahukan hal
yang berlaku itu kepadanya. Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru
permairurinya di bulan. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat,
besar dan terang. Bayang permaisurinya yang bergerak di bulan pun dapat
dilihatnya. Hou Yi berdoa untuk permaisurinya Chang E di bulan dengan
meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu.
Setelah mengetahui
Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga beramai-ramai
berdoa dengan meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang E di bulan
menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka. Lama-kelamaan, berdoa
pada bulan pada hari ke-15, bulan 8 menurut kalendar China telah menjadi
tradisi rakyat China. Itulah Pesta Kuih Bulan.
Walaupun terdapat
banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan ini
di China, tetapi makan kuih bulan merupakan perkara yang paling penting dalam
Pesta Kuih Bulan ini. Pada Pesta Kuih Bulan, iaitu malam 15 haribulan bulan 8
menurut kalendar China, anggota keluarga orang China akan berkumpul dan
bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil makan kuih
bulan yang enak.
Cara pelbagai etnik
China merayakan Pesta Kuih Bulan ini juga berbeza-beza. Masyarakat etnik Zhuang
China merayakan Pesta Kuih Bulan dengan menyembahyangkan bulan dengan
menghidangkan samsu. Para gadisnya pula memasang tanglung yang cantik dan
meletakkannya di permukaan air sungai dan tasik untuk berdoa agar mendapat
kebahagiaan sepanjang hayat. Rakyat etnik Korea merayakannya dengan memalu
gendang panjang dan menari berramai-ramai. Teruna etnik Dong pula akan
bersiar-siar dan mengutarakan perasaan cinta mereka kepada kekasih
masing-masing. Manakala pemuda-pemudi etnik Dai akan melepaskan tembakan
senapang ke udara, minum samsu dan bernyanyi bersama-sama. Mereka juga akan
memilih kekasih dengan peluang ini.
Pesta Kuih Bulan
bukan sahaja merupakan perayaan tradisional rakyat China, tetapi juga merupakan
perayaan tradisional orang Cina seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berubah,
tetapi Pesta Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk
mengeratkan hubungan antara anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa
untuk memohon restu dan kebaikan.
Perayaan Kaum India
Perayaan Deepavali
Perkataan Deepavali
merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan
"Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.
Deepavali bermaksud
‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan
mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman
dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
Sambutan Perayaan di Malaysia
Hari Deepavali
merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di
seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih
dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama
Hindu dan Sikh di negara kita.
MitosHariDeepavali
Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia
berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh
Narakasura. Seterusnya penduduk kampong telah meraikan kemenangan
Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi
mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana
di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman.
Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka
selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta.
Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu
yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang
menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan atau Cahaya menumpaskan
Kejahatan atau Kegelapan adalah menjadi pegangan utama mereka .
Malam Sebelum Perayaan Deepavali
Pada malam itu juga
diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga.
Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun
beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan
pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan
dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.
MemasangVilakku
Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita
dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu
“vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat
daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan
adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan
kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa
itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi
Laksmi.
Kolam atau Rangoli
Rangoli lambang penyembahan Dewa
Lakshmini
Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan
“kolam ” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang
diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu
rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat
kesejahteraan.
Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun.
Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik,
unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa
maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh
penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia
Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi,
Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang
mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
Persiapan Di Pagi Hari Deepavali
Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan
bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit.
Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon
maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara
mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit.
Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk
penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala
setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.
Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci
bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas
mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali
bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri
seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas
bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan
mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan
bunga.
Manisan dan Juadah DeepavaliManisan merupakan
identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India
tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam
masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan
sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa
kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan.
Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan
dialu-alukan.
Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan
Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki.
Mereka akan
dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa
dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada
pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis
bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak
ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam dan
payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih
tradisional orang India.
Upacara Sembahyan
Penganut Hindu akan
mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian.
Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk
mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga
yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan
pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta
untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan
kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian
dan nyanyian tradisional dengan gaya yang
menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.
Kuda Kepang
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari
menggunakan kuda kepang
untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan
suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.
Zapin
Pengaruh Islam ke
atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam
tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang
diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan
dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah
tamadun Islam.
Tarian Lilin
Sebuah tarian yang
dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil
di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan
kelembutan.
Tarian Gamelan
Tarian klasik ini
mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di
persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun
1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul
Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada
Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas
Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni
putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh
di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di
lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah
sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya
dalam kebanyakan kostum tarian Melayu.
Tarian Cek
Siti Wan Bulan
Pada musim menuai di
negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main
gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi.
Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau
Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau
di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari
yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.
Joget
Tarian yang paling
terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang
agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan
gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi
Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
Tarian Asyik
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian
Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di
istana raja - raja Kelantan dan Patani.
Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini
bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan
ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari
masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya.
Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik ini
ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai
besar di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning
iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12
orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Tarian
Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja
dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang
dan mahkota kecil.
Bahagian utama tarian Asyik terdiri
dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya;
alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan
sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian
Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.
Tarian Ayam Didik
Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian
Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis
sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini
dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat
terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian
utara Perak.
Tarian Ayam Didik ini
berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan
tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu
kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam
didik.
Tarian Ceracap Inai
Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian
rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya di Johor.
Tarian Ceracap
Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda
mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari
tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di
dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur
'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula
kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.
Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan
Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran
kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan
penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan
boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya
terdiri dari 5 - 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu
28, Lenga di Daerah Muar.
Tarian Ulik Mayang
Tarian
Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian
tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan
oleh 10 hingga 15 orang penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja
pantai. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu
nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas
bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi
akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila
penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri.
Tarian Cina
Tarian Singa
Tarian Singa adalah
sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu
seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum,
manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas
yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Tarian India
Tarian Bharat
Natyam
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya
tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah
satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu
mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan
mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang
dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan
India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh
seorang penari wanita.
Bounjour Alls! Welcome to My world. My name is Razana Azra Bt Rosman. Some people called me Razana, some people called me Azra. But most people called me Nana. I was born on 1st March 1999. As you know my birth date is just the same as Justin Bieber ^^ (only the date, not the year). I live at Bertam, Kepala Batas, Penang. I'm studying at SMK Bertam Indah. My ambition is to be an architect (just like my mom). I like to sing when I'm bored. Feeling wonderful when my family & friends are around. The reason I make this blog is for my school project (LK)