Friday, August 23, 2013 | 9:08 AM | 0 comments
Tarian Melayu
Mak Yong

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta
untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan
kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian
dan nyanyian tradisional dengan gaya yang
menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.
Kuda Kepang

Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari
menggunakan kuda kepang
untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan
suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.
Zapin
Pengaruh Islam ke
atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam
tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang
diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan
dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah
tamadun Islam.
Tarian Lilin

Sebuah tarian yang
dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil
di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan
kelembutan.
Tarian Gamelan
Tarian klasik ini
mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di
persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun
1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul
Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada
Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas
Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni
putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu.
Tarian Cek Siti Wan Bulan

Pada musim menuai di
negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main
gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi.
Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau
Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau
di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari
yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.
Joget

Tarian yang paling
terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang
agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan
gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi
Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
Tarian Asyik

Tarian Asyik merupakan sejenis tarian
Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di
istana raja - raja Kelantan dan Patani.
Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini
bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan
ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari
masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya.
Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik ini
ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai
besar di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning
iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12
orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Tarian
Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja
dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang
dan mahkota kecil.
Bahagian utama tarian Asyik terdiri
dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya;
alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan
sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian
Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.
Tarian Ayam Didik
Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian
Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis
sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini
dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat
terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian
utara Perak.
Tarian Ayam Didik ini
berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan
tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu
kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam
didik.
Tarian Ceracap Inai

Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian
rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya di Johor.
Tarian Ceracap
Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda
mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari
tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di
dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur
'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula
kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.
Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan
Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran
kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan
penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan
boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya
terdiri dari 5 - 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu
28, Lenga di Daerah Muar.
Tarian Ulik Mayang
Tarian
Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian
tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan
oleh 10 hingga 15 orang penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja
pantai. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu
nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas
bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi
akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila
penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri.
Tarian Cina
Tarian Singa
Tarian Singa adalah
sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu
seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum,
manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas
yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Tarian India
Tarian Bharat Natyam

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya
tarian klassik India . Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah
satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu
mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan
mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang
dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan
India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh
seorang penari wanita.