\\Cherry blossom//
Navi
Facebook Twitter Gmail

Mengurus Masa Belajar
Sunday, September 8, 2013 | 6:19 AM | 0 comments

  • Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari.  Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 – 7 jam sehari.  Jangan pula salah faham, maksud 5 – 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan.  Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam.  Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.
  • Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza.  Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit.  Jangan paksa diri anda.  Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika.  Iaitu lebih kurang 5 minit.  Selepas itu sambung semula belajar.  Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya.
  • Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu.  Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.
  • Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar.  Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan.  Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik.  Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai.
  • Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tentang bahan-bahan yang mahu diulangkaji.  Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.
  • Sediakan senarai tugas harian (“TO DO” lists) pada malam sebelumnya.  Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari.  Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan.  Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey “Put first things first”.
  • Rekodkan progress anda pada sehelai kertas.  Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda.
  • Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.
  • Gunakan teknik membaca yang berkesan.Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.
  • Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”.  Iaitu proses memanggil semula maklumat.
  • Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain.  Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 – 2 jam dalam sehari.  Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.
  • Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun?  Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?

Older Post | Newer Post
Blog Info ♥

~Pengertian 'Kebudayaan'
~Kepelbagaian Kaum Di Malaysia
*Kaum Melayu
*Kaum Cina
*Kaum India
~Perayaan Pelbagai Kaum
*Hari Raya Aidilfitri
*Tahun Baru Cina
*Chap Goh Mei
*Hari Kuih Bulan
*Deepavali
~Tarian Di Malaysia
*Tarian Orang Melayu
*Tarian Orang Cina
*Tarian Orang India
~Alat-alat Muzik
For further information
<--- view
Owner blog ♥
Bounjour Alls! Welcome to My world. My name is Razana Azra Bt Rosman. Some people called me Razana, some people called me Azra. But most people called me Nana. I was born on 1st March 1999. As you know my birth date is just the same as Justin Bieber ^^ (only the date, not the year). I live at Bertam, Kepala Batas, Penang. I'm studying at SMK Bertam Indah. My ambition is to be an architect (just like my mom). I like to sing when I'm bored. Feeling wonderful when my family & friends are around. The reason I make this blog is for my school project (LK)

Followers ♥
Put your google friend connect codes

Talking with me ♥

Put Your cbox code here

Friends ♥
| Ain| | Najat| | Athirah| | Alia| | Syahirah| | Atira|

Big thanks ♥
Skin by: Izyanyancinnamon
Edit by: Razana
Blog owner: Razana
Best tutorial by: Atieqah
Help by: My teacher, Pn Zarina
Best view in: Mozilla firefox

Let's Play ♥